Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday 19 February 2012

"Tersadung lilin, terbakar kampung: Keculasan guru koku membunuh silat"

Untuk renungan:

  1. Kenapa sikap guru KOKU Silat berlainan daripada guru KOKU lain
  2. Apakah pandang umum tehadap silat yang menyebabkan keculasan itu
  3. Bagaimana kita dapat membetulkan keadaan?




PENGIKTIRAFAN SILAT SEBAGAI BADAN BERUNIFORM

Surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia No Rujukan KP.BKK.200 Jld.2 ("11) bertarikh 23 Mei 2011 yang bertajuk PEMATUHAN KEPADA SEMUA SURAT PEKELILlNG, SURAT SIARAN DAN BUKU PANDUAN YANG SEDANG BERKUATKUASA DALAM MELAKSANAKAN KEGIATAN KOKURIKULUM1

'Tujuan surat siaran ini adalah untuk mengingatkan semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya surat-surat pekeliling ikhtisas, surat-surat siaran dan buku-buku panduan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum yang sedang berkuatkuasa. Adalah ditegaskan bahawa sebarang kegagalan dalam mematuhi peraturan atau garis panduan tersebut akan mengundang kejadian yang tidak diingini dan seterusnya menjejaskan kebajikan serta keselamatan murid-murid.'

2. Selain itu saya juga ingin merujuk kepada Surat pekeliling ikhtisas yang dikeluarkan oleh ketua pengarah pendidikan Malaysia No Rujukan KP(BS)8591/Jld.VIII / (67) bertarikh 2 April 1997 bertajuk SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/1997 : Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Persatuan Pakaian Seragam Sekolah2 yang menyebut dalam para 1 seperti berikut:

 …Kementerian Pendidikan Malaysia mengiktiraf kegiatan Seni Bela Diri sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

 dalam Para 2 point D pula dinyatakan seperti berikut:

 Semua anggota hendaklah memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan latihan atau di majlis-majlis rasmi sekolah.

3. Apa yang berlaku hari ini ialah ketidakpatuhan kepada Warta Kerajaan bertarikh, 31 Disember 1997, Jld. 41, No: 26, Tambahan No:94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan (Kurikulum Kebangsaan)3 yang menyatakan seperti berikut:

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet 7 Nov 1979; telah menyatakan bahawa:

“mewajibkan setiap murid mengambil satu aktiviti bagi setiap bidang.”

Manakala di dalam Surat Pekeling Ikhtisas bil 1/1985: Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah menjelaskan bahawa:

“ Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Matlamat gerakerja
kokurikulum ialah penyertaan setiap orang murid hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja..”

Sehubungan itu, semua murid diwajibkan menyertai ketiga-tiga jenis aktiviti di sekolah atas
pilihan dan bakat yang mereka miliki…

Selain itu, terdapat juga Surat pekeliling ikhtisas Bil. 8/2007 berkaitan
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DI HARI PERSEKOLAHAN DAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM4 yang juga disertakan bersama surat ini.

Perkara ini saya timbulkan kerana selama ini banyak sungutan saya tidak diendah oleh pihak berwajib. Antaranya ialah:

1.      Soal pertindihan penyertaan dalam badan beruniform.

a.       Ini menyebabkan ibubapa tidak mahu mengeluarkan belanja untuk membeli pakaian seragam Silat kerana telah membeli pakaian seragam unit uniform lain.
b.      Alasan dari guru berkenaan bahawa permohonan untuk mendapatkan baju silat dari Kementerian kerana tidak cukup bajet. (rujuk surat siaran pematuhan pekeliling)
c.       Tidak mengendahkan rayuan saya supaya pelajar yang masuk silat tidak dibenarkan masuk unit lain.

2.      Silat tidak diiktiraf di peringkat sekolah sebagai unit uniform.

3.      Pembahagian pelajar tidak dibuat dengan saksama.

a.       Diawal penubuhan kelab silat di SMK Tok Janggut, penyertaan paling sedikit ialah seramai 40 orang. Ada kalanya sampai 50 orang. Tapi sejak PK KO bertukar tangan keahlian silat tidak sampai 15 orang. Tahun ini hanya 2 orang sahaja dilaporkan menyertai Silat.

4.      Peralatan yang tidak cukup atau tiada langsung

a.       Baju untuk pertandingan tiada
b.      Peralatan untuk berlatih Silat tiada
c.       Peralatan yang saya bekal ke sekolah hilang/dibuang?

5.      Tiada inisiatif untuk menonjolkan seni budaya bangsa di peringkat sekolah dan PPD5.

a.       Silat tidak pernah diminta membuat demonstrasi pada acara rasmi sekolah, waktu pertukaran guru atau pengetua.
b.      Pelajar silat yang menang pertandingan tidak pernah ditonjolkan pada perhimpunan kecuali pada waktu Tn. Haji Haron menjadi PK KO.

Setelah lebih 16 tahun mengajar Silat Lintau di sekolah2 di daerah Pasir Puteh ini saya harap perkara seperti yang saya kemukakan diatas tidak lagi berlaku mulai tahun ini dan tahun2 kehadapan. Silat adalah BUDAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU/ISLAM sejak sekian lama. Sudah sampai masanya kita menghidupkan, memulih dan memelihara SENI BUDAYA BANGSA kita sejajar dengan kehendak dan falsafah negara serta falsafah pendidikan negara. Silat telah terbukti membentuk sahsiah diri manusia dengan ‘memanusiakan manusia’ dalam ertikata yang sebenarnya. Jangan biarkan generasi penerus bangsa ini menjadi lemah dan tidak bermaya.

Sekian dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment